Saturday 19 April 2008

Open Letter to Khir Toyo

=========================

"It may be hard for an egg to turn into a bird: it would be a jolly sight harder for it to learn to fly while remaining an egg.We are like eggs at present. And you cannot go on indefinitely being just an ordinary, decent egg.
We must be hatched or go bad."

- C.S. Lewis

============================


What follows is a letter that I decided to write (mostly in Bahasa Melayu ... oops - I mean, Bahasa Malaysia - never mind, we'll ask Mr.Chris which one ....) to Khir Toyo, as a reply to his last post on his blog.


Yes - I did visit his blog. Maybe it was simply becos I was curious as to what goes on in the minds of those with a fetish for brooms.



All I can say is, they seem to be so obsessed with DSAI's rise to power, and are totally paranoid about losing power - nothing more. The "race rhetoric" and the "change" that is prescribed, is nothing more than a whitewash over a rotting egg that refuses to be hatched ..... and it is definitely going bad (not to mention, stinking!)

Here's my letter to you, Dato seri Khir Toyo:-

============


Dear DSKT,

Maafkan saya kerana mengambil berat mengenai masalah UMNO – ini adalah kerana, pada pendapat saya pucuk pimpinan Melayu bukan masalah Melayu sahaja, malah masalah semua masyarakat/rakyat Malaysia.


Ini bukan masalah "Ketuanan Melayu" yg kerap dilaungkan oleh UMNO Baru, sebagai retorik politik. Tiada siapa yang menyoal kedudukan istimewa org melayu, seperti yg tertera dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tiada siapa yang mempertikaikan kedudukan/ kedaulatan Kesultanan Melayu.
UMNO Baru, setahu saya, sedikit sebanyak, pernah!
(Of course, seperti kata TDM, semua yg dibuat tu sememangnya "sah mengikut undang-undang" mengikut tafsiran beliaulah, kan ....)


Rakyat Malaysia cuma menuntut hak mereka yg termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan. Ini tidak semestinya menghakis "hak orang Melayu". Setakat ini, yang terhakis adalah cuma "hak" orang UMNO Baru sahaja.


DS jgn kelirukan masalah ekonomi dgn masalah "hak Melayu".
Ini sebenarnya adalah satu masalah Ekonomi.
"Hak Melayu" itu adalah satu masalah ekonomi-
Bukannya masalah ('mementingkan diri') "bangsa" yg kerap dihebohkan, dan seterusnya membawa mudarat dan perasaan kecil hati dan sangsi, dikalangan rakyat yg berlainan budaya & agama, dan seterusnya memecah-belahkan perpaduan rakyat.


Inilah yang telah melemahkan BN dan seterusnya, menyebabkan UMNO Baru begitu kecundang dlm pilihanraya umum ke12 yg lalu.


Setakat ini, apa yg DS menyatakan adalah apa yg DS risau/takutkan "diseberang sungai" - balik2 DS menyebut nama DSAI.


Jika betul niat DS hendak membawa perubahan pada UMNO Baru, DS hendaklah melihat masalah pemikiran, falsafah & etika UMNO Baru sendiri dan seterusnya, BN- bukan kerana takut hilang kuasa kepada DSAI.


Ini bukan soal org luar, DS - ini soal isu2 dalaman!
Ini soal kesedaran. Tanpa kesedaran ini, UMNO Baru tidak boleh berubah atau dinamik kembali.


DS nampaknya keliru.
DS kata, " ....Penerimaan pemimpin bahagian, cawangan dan ahli UMNO serta rakyat terhadap usaha Tun semakin tinggi.
Sukar sama sekali untuk BN kembali pulih jika terus mengabaikan pandangan Tun secara total. Kedudukan Tun sebagai pemimpin ulung negara belum pudar bukan sahaja kepada ahli UMNO malah kepada seluruh rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama mahu pun peringkat umur."


You're out of touch, DS - We don't need the stumbling and bumbling brontosaurus no more!

DS seolah-olah terpegun dgn aura TDM, yg begitu licik bermain politik dgn retorik "racist" beliau, seperti orang yg kurang berpendidikan.
Memandangkan usia lanjut beliau, susah kita nak menjamin kewarasan atau kenyanyukan beliau, DS ......
Usah dilaung2kan nama TDM yg tidak lagi mempunyai "appeal", (selain dari dikalangan orang yg buta pada hakikat sebenarnya)- zaman 'kegemilangan' beliau dah lama berlalu ..... dan sekarang, kita nampak hasil 'kegemilangan' wawasan cetek beliau.
Usah samakan "standing ovation" dari para penyokong yang tak berhaluan, dgn "wisdom" dalam pendirian TDM.
Syaitan pun boleh dapat "standing ovation", kalau rakyat dah ikut ajaran sesat.


Saya hairan bagaimana DS tidak nampak perubahan politik Melayu selepas krisis perlembagaan1988, sehingga terhasilnya masalah2 pucuk pimpinan Melayu & Malaysia (dlm UMNO Baru) selepas peristiwa sedih itu.


Sedarkah DS bahawa perlembagaan UMNO Baru & UMNO itu, jauh berbeza?


Ini bukan soal pembahagian Kuasa dgn org lain - ini adalah soal "intellectual bankruptcy" dlm UMNO Baru sendiri, sehingga terpaksa harapkan "gergasi2 tua UMNO Baru" membantu dlm membawa perubahan.
Mana dia pemimpin intellectual dari golongan muda yang boleh membahaskan isu2 semasa dgn rational dan tidak bergantung pada emosi/ retorik?


Adakah perubahan muka pemimpin akan membawa perubahan falsafah, etika & sikap UMNO sendiri?
Dari segi etika, falsafah, ideologi UMNO Baru - apa perubahan yg boleh diberi dgn penukaran wajah pemimpin?
Dimanakah para cendekiawan/ 'intellectuals' Melayu dlm UMNO, yg boleh memberi pedoman pada ahli politik yg kerap "tutup sebelah mata" dan "menghadiahkan" penyapu?


Sudahlah tu DS, terima aje lah hakikat sebenarnya - skg, UMNO kena ubah sikap, dan mula berkerjasama dgn pemimpin melayu lain yg berlainan pendapat. Terima aje lah Pak Lah sebagai pemimpin buat sementara waktu - jangan nak jadi "agent provocateur" semata-mata kerana orang tak setuju dgn pendirian "hadiah penyapu" DS.
Don't be a sore loser & sour grapes!


Jgn terlalu angkuh dan gilakan kuasa utk UMNO Baru sahaja. Jgn harapkan monopoli kuasa lagi.....
Orang Melayu tak kurang atau hilang kuasa.
Kerusi parlimen pemimpin Melayu tidak kurang .... cuma kerusi UMNO Baru sahaja yg kurang.
Jgn samakan politik Melayu baru, dgn politik UMNO Baru, DS.


Kalau DS sudi, cuba baca post bertajuk “Change? What Change?” dibawah, dlm bahasa Inggeris utk memahami apa yg saya maksudkan.

Sekian, Terima Kasih.




  • ===================



Related posts:

Change? What Change?
Crouching Monkey, Wounded Tiger - Ep. III