by Apana-mamak
1. Apabila sahaja saya kalah dalam pilihanraya pada tahun 1969, maka A"komunis" pun mengamuk. Saya pun mula menghasut penduduk Kampung Baru untuk mengadakan tunjuk perasaan jalanan. Isunya apanama .... saya tersengaja lupa.
2. Walaupun saya bukan pengasas demonstrasi jalanan tetapi sejak saya memasuki politik, taktik memperalat orang untuk menjayakan diri saya melalui demonstrasi jalanan diguna. Ianya memuncak apabila tersungkur daripada jawatan Ahli Parlimen.
3. Budaya demonstrasi datang dari sini. Memang dalam keadaan terlalu tersepit dan tidak ada cara lain untuk memperjuangkan sesuatu, demonstrasi jalan terpaksa diadakan. Demikian lah semasa melawan Gerakan & DAP, orang semua orang Melayu (sebenarnya, "penyangak kroni" lah - yang saya cakap "Melayu" tu drama aje) berdemonstrasi.
4. Tetapi jika ada cara lain terbuka luas demonstrasi tidak sepatutnya menjadi pilihan. Malangnya di Malaysia, kerajaan BN kita memang bebal - buta dan pekak, dan tidak mahu dengar suara rakyat yang berarak secara aman.
5. Akhirnya, orang yang menjadi mangsa bukan Kerajaan sahaja. Yang jadi mangsa ialah peniaga, terutama peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi mereka ini, polis mengamuk adalah mala petaka yang lebih buruk daripada hujan lebat. Apabila seperti anjing, mereka sudah disiapkan untuk menyerang dan menggigit tak mengira mangsa, itulah kerja dia yang akan dibuat. Kerugian sehari tidak dapat ditampung dengan keuntungan 10 hari atau lebih.
6. Peniaga lain juga akan tanggung kerugian. Tetapi kerugian yang terbesar ialah pembangunan negara untuk rakyat, dan persefahaman diantara mereka. Kita sedar bahawa persefahaman dan kepercayaan membawa banyak nikmat kepada seluruh rakyat. Banding sahaja pendapatan per kapita sebelum Malaysia dibangun dengan selepas kemajuan dicapai.
7. Apabila polis mengamuk dijalanan, pelabur samada tempatan atau asing akan curiga untuk melabur. Dengan itu peluang untuk kontraktor, pembekal barangan, khidmat pengangkutan, pekerja dan penjual makanan untuk pekerja - semua peluang ini akan hapus.
8. Polis terpaksa ambil tindakan. Tetapi polis kita yang bebal tidak ingin mejaga keamanan, malah mengadakan kekecohan dengan memancut air kimia, menembak gas pemedih mata dan menggunakan belantan. Kegunaan cara keras ini biasanya diumpan oleh pendemonstrasi. Imej polis dan negara memang buruk. Ini sangat menggembirakan BN, kerana ceritanya kepada rakyat adalah bahawa perarakan aman itu menjadi rusuhan.
Malaysia memang adalah tidak demokratik, zalim, tidak ada kebebasan bagi rakyat, dan lain-lain. Polis mengamuk bukan untuk mengugut rakyat sahaja tetapi untuk tunjuk kepada dunia betapa bebalnya kerajaan sendiri. Secara tidak langsung tujuan polis mengamuki ialah supaya dianya memerintah Negara ini. Na'uzubillah.
9. Ada negara-negara di mana polis/tentera mengamuk kerap-kerap diadakan. Di rantau ini pun ada. Apakah negara-negara ini berjaya?
10. Demokrasi mengizinkan demonstrasi. Samada corak demokrasi itu menguntungkan pengamal bergantung kepada pengamal. Jika pengamal tidak faham cara mengguna demokrasi, kebaikan dan keuntungan tidak akan tercapai. Yang penting, saya yang untung - rakyat, kita peduli apa - mereka boleh kerja overtime macam kerbau .... "dalam keadaan aman damai".
11. Ada orang di seberang yang amat gembira apabila kita tidak dapat bangunkan Malaysia. Nama negara mereka adalah seperti Zimbabwe, Myanmar dan lain-lain yang menjadi sahabat karib si mamak tua seperti apanama .... entah - saya pun sengaja terlupa.